Thursday 19 April 2012

PENSEL dan PEMADAM :)

Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya sebab saya dicipta untuk membetulkan  kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

 # Ingatlah, ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan. Mereka adalah ibarat PEMADAM TERBAIK untuk anak anak mereka. Selagi mereka hidup, jangan sia sia kan mereka. Jagalah mereka dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan ^^




2 comments:

  1. :)
    pemadam fan pensel..terima kasih sgt mndalam mksd yg ingin disampaikan :)
    insyaAllah :)
    tak.sala kita salam mnjd sprti pmdam dan pensel :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...