Saturday 29 October 2011

sifat MAHMUDAH (terpuji)

IMAM GHAZALI menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:

1)TAUBAT-keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar,melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2)TAKUT AKAN ALLAH s.w.t.-perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
3)MAHABBAH-mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.
4)ZUHUD-kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5)SABAR-perasaan memujuk jiwa dengan keimanan.Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
6)SYUKUR-Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan sebagainya.
7)IKHLAS dan BENAR-untuk mencapai tingkatan ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
8)TAWAKAL-tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam.Seterusnya diikuti dgn usaha.
9)REDA dengan QADAK ALLAH-segala ketentuan Allah samada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.
10)MENGINGATI MATI-sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana.

abadikanlah hati kami ini dengan sifat mahmudah (terpuji)
sharing is caring* ^___^

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...