Tuesday 6 September 2011

Teladan Sempurna..

assalamualaikum w.b.t...

alhamdulillah..dapat kita berjumpa lagi..di lain coretan..

inspirasi untuk entry kali ini adalah dtg dr sebuah buku yang dpinjam an oleh kwn sye..tentang perkahwinan Rasulullah s.a.w bersama isteri2nya..thnx buddies..its a nice book..so sye nak share sikit bersama anda..

Teladan Sempurna~

siapakah contoh teladan yang sempurna yang kita dapat jadikan contoh untuk alam perkahwinan kita nanti??yaaa..dah tentu Rasullullah s.a.w..Baginda merupakan contoh teladan yang sempurna bagi para lelaki..
kenapa??jom!!kita mengungkap rahsia yang tersembunyi di sebalik kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mendidik para isteri Baginda..

Rasullulah s.a.w adalah teladan dan contoh yang sempurna bagi para lelaki dalam hal mempergauli isteri secara baik,,membahagi giliran bersama setiap isteri secara adil,,memberi nafkah,,penuh kelembutan,,penghormatan,,dan berkemampuan dalam mengendalikan kemarahan dan kecemburuan serta kemampuan dalam menyelesaikan perselisihan di antara para isteri dengan lemah lembut dan menasihati mereka dengan cara yang baik..

Setip pagi,Baginda mengunjungi para isterinya untuk memberi nasihat dan taklim (pengajaran,,pembinaan) manakala pada waktu petangnya pula Baginda akan beramah-tamah bersama mereka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan..Para isteri Baginda biasa berkumpul bersama Baginda di rumah mereka secara bergilir..Baginda juga biasa membantu kerja rumah dan menyelesaikan sendiri keperluannya..

sangat indah kan??dengan meniliti suasana kehidupan Rasulullah s.a.w bersama para isterinya,baik sebelum mahupun sesudah baginda di utus menjadi rasul,kita akan mengetahui rahsia itu dan memahami bahawa kemuliaan yang terdapat pada isteri Baginda tidak lain kerana peranan Nabi Muhammad s.a.w dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami..


terdapat sebuah pepatah mengatakan,, " di sebalik setiap lelaki yang agung,,pati terdapat wanita yang agung pula.. " ada juga pepatah lain menyebut, " kuda itu bergantung kepada siapa penunggangnya.. "




sekian saje entry untuk kali ini..insyaALLAH kita berjumpa di lain entry..assalamualaikum (:

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...