Monday, 14 May 2012

Tuntutan...

kerana AGAMA nya...
kerana KETURUNAN nya...
kerana HARTA nya...
kerana RUPA nya...

Wednesday, 9 May 2012

Pengorbanan yang tidak ternilai....



Assalamualaikum. hye peeps! sbnrnye nak share someting dgn korg. act,baru lepas on9 FB. tgh tgh on9 tertarik dgn ade satu cerite dkt news feed aku. disebabkan kegigihan aku membaca cerita itu, bnda tuh mmg mnyentap smpai ke hulu hati aku. cyesly! kalau korg x caye, meh try test bace tgk :)


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..




Sentap x uolsss?? kan kan?? org kate x caye! huuu. ermm. ni lah pengorbanan seorg ibu terhadap anknye. even nmpak mcm kecik je pon. korg kene appreciate beliau. apetah lg kalau pengorbanan yang beliau korbankan tuh lg besar. yang tuh kalau x hargai jgk, xtaw la nk ckp kan. 
lagi satu aku dgr cite yang hari ibu haram disambut utk umat islam. yeke?? btw, entry ni bkn sempena hari ibu ke ape k. sbb bg aku papepon even xda hari ibu pon, kite mmg kene hargai ibu kite. k uolsss?? 
so sayangilah ibu anda. bg yang telah kehilangan ibu, its ok. ttp boleh syg ibu anda dan doakan dye ditempatkan di kalangan org org yang beriman. AMIN :)
so sye shafiqah dulkfali tanpa segan silu mengatakan yang sye SGT SGT SGT SAYANG kan ibu sye, Pn. Ruhana ^^




Wednesday, 25 April 2012

Behind NSD...

Behind my smile, is a hurting heart,
Behing my laugh, i'm falling appart,
Look closely at me and you will see the girl i am.
Isn't me!


Thursday, 19 April 2012

PENGORBANAN.....

Jika ini yang terbaik, aku redha :')


PENSEL dan PEMADAM :)

Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya sebab saya dicipta untuk membetulkan  kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

 # Ingatlah, ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan. Mereka adalah ibarat PEMADAM TERBAIK untuk anak anak mereka. Selagi mereka hidup, jangan sia sia kan mereka. Jagalah mereka dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan ^^




Monday, 9 April 2012

Miss Summer Malice ^^

Assalamualaikum. hye uolsss!
alhamdulillah bertemu lagi kite :)

aceli, entry aku kali ni nk bercerite psl seseorg.
name dye kat ats ni la! huuu. ni sbnrnye name market dye je. so dye lebih senang dipanggil cipa cipunk! ^^

frst aku kenal dye melalui FB semata mata. n berterusan sehinggalah kiteorg dipertemukan untuk julung kalinya.
for the frst time,I'VE FALLIN IN LOVE WITH HER! ^^
maksud aku bkn la aku cintan kat dye smpai aku jd L***O.
alhamdulillah. naluri aku still lagi straight k uolsss!
about dis lady. dye sgt simple. mempunyai kecantikan yang sangat semulajadi. tanpa makeup pon dye ttp nmpak anggun. dye juge sgt sng utk bwk bsembang, sgt peramah, sgt cheerfull, sgt membantu sbb tlg pgg kan hand bag i time i wiwi. 
dan aku sgt gembira sbb tambah lagi kwn baru. berkawan biar beribu rite?? heee :D

overol, have a very good time with her untuk satu hari dan bersama dua org lagi budak kecik yang degil n ngada sbb buat kite org main roller coaster free! nasib baik aku xpening! kalau aku muntah kat korg, jgn tanya mengapa! hahahaha :D

pe pe pon thnx jgk kat cipa n your mr rusa sbb bwk kami p jln jln. 
insyaALLAH, ade jodoh,pjg umo, kite hang out lagi k.

entry ni khas utk MISS SUMMER MALICE!  

mwaxxx! : *


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...